MEMAHAMI KEMERA ANDA
Kelengkapan kamera asas
Kamera SLR, Filem atau
Digital
Lensa standard, Micro,
telephoto, wide angle
Lampu flash – auto, TTL,
manual
Filem speed bersesuaian
– ISO 100, 200. 400. 800
Tripod
Bateri kamera/flash dan
charger
Beg kamera yang sesuai
Memahami peralatan
kamera
Kamera slr
Kamera astamatik
jenis kamera
Pada peringkat awal
perkembangan kamera, jenis-jenis berikut telah diperkenalkan.
i. Ukuran Separuhii.
Ukuran Leicaiii.Ukuran 6×6
i. Ukuran Separuh:
Kamera jenis ini boleh merakam gambar sebanyak dua kali ganda dari
jumlah filem. Setiap exposer filem hanya separuh digunakan. Jika filem yang
digunakan 36 exposer anda akan perolehi sebanyak 72 exposer
ii. Ukuran Leica:
Kamera jenis ini boleh diperolehi dalam bentuk negatif 24×56 mm.
Shutter kamera jenis ini dibentuk dalam dua jenis; Shutter Lens dan
Shutter Focal Plane.
Terdapat dalam kumpulan ini Kamera Single Lens Reflex (SLR)
iii. Ukuran 6×6:
Ukuran jenis ini boleh diperolehi dalam format View Kamera. Terdapat
dalam jenis Rengfinder Shutter Lens , Single Lens Reflex.
Terdapat dalam kumpulan-kumpulan ini ialah kamera Twin Lens Reflex
(TLR) dan Single Lens Reflex (SLR)
i). TLR ialah kamera dua lens yang mempunyai peranan masing-masing.
Lens yang dibawah berfungsi untuk membawa cahaya masuk ke filem. Manakala lens
di atas berfungsi membawa cahaya ke Viewfinder.
ii). SLR ialah kamera yang berfungsi dengan satu Lens dan satu cermin
pembalikan. Hasilnya apa yang dilihat pada tingkap penenang (Viewfinder) akan
sama dengan rakaman di filem.
LENS
i. Lens:
Lens amat penting pada sebuah kamera. Lens mesti bersih dari debu dan
kesan calar. Oleh itu penjagaan lens perlu diutamakan. Elakkan dari terkena
fungus dan wap air.
Jenis – Jenis Lens:
Berikut ialah
jenis-jenis lens.
a. Wide Angle Lensb.
Standard Lensc. Telephoto Lensd. Zoom Lens
Gambaran pandangan lens
Wide angle lens
Merupakan Lens yang
membolehkan kita mengambil gambar pada sudut yang luas. Berikut ialah jenis
Lens Wide Angle.
16mm, 18mm, 20mm, 24mm,
35mm,
Jika lebih kecil
angkanya bermakna lebih luas bukaan sudut pandangannya. Namun perlu diingatkan
sudut yang luas akan memberi kesan lengkung.
Kelebihan wide angle
lens
Imej lebih besar dari
imej sampingan
Pemandangan lebih luas
Dinamik dan kesan herot/
ubah bentuk
Jurugambar kelihatan
begitu hampir dengan subjek
Lens wide angle
Kesan herot pada gambar
wide angle
Standard Lens
Lens yang boleh
mengambil gambar mengikut pandangan mata manusia. Lens ini amat sesuai untuk
mengambil gambar-gambar potret Contoh: 50mm, 55mm, 70mm.
Lens asas apabila
membeli kamera
Kesan normal pada gambar
Bangunan kelihatan jauh
Telephoto Lens
Lens yang memiliki sudut
pandang yang sempit. Ia amat sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang
jauh.
Telephoto Lens juga
berperanan untuk crouping gambar.
Contoh Lens: 135mm,
200mm, 300mm,500mm, 1000mm
Gambar jauh kelihatan
hampir
Micro Lens
Lens yang boleh merakam
gambar pada jarak dekat untuk keperluan gambar-gambar mikro atau close-up. Lens
ini memiliki angka seperti yang terdapat pada Lens Standard dan Telephoto.
Contoh: 55mm, 105mm,
200mm
Lens 55mm boleh merakam
gambar pada jarak dekat. Lens 105mm dan 2000mm boleh merakam gambar mikro pada
jarak jauh.
Sudut pandangan micro
lens
Fokus pada objek
Zoom Lens
Lens yang menggabungkan
beberapa ciri lens yang tersenarai di atas. Ini bermakna, dalam satu lens
terdapat dua atau tiga sudut lens.
Contoh: 25mm – 55mm,
70mm -135mm, 80mm -200mm.
FUNGSI LENS
Pada sebuah lens
terdapat fungsi-fungsi berikut.
a. Focusing Ringb.
Aperture
a. Focusing Ring –
Peranan Focusing Ring ialah untuk mencari jarak yang tepat agar gambar tidak
kabur.
b. Aperture – alat
bukaan lens yang juga dikenali sebagai f/stop.
Tanpa f/stop gambar
tidak terhasil dengan baik. f/stop membantu menapis kemasukan cahaya ke filem.
Lobang f/stop yang besar
ditanda dengan angka kecil. Manakala f/stop yang kecil diwakili oleh angka yang
besar.
APERTURE
Contoh Aperture:
f32,f22,f16,f11 – lobang
kecilf8,f5.6,f4 – lobang sedarhanaf3,f3.5,f2,f2.8 – lobang besar
Kesan Perbezaan aperture
Shutter speed
Selain itu komponen pada
kamera yang berkait rapat dengan Aperture ialah Shutter Speed.
Shutter Speed ialah
Kelajuan Bukaan Lens. Shutter Speed ditanda dengan angka.
Contoh Shutter Speed
ialah:
1/B – Shutter Speed
paling perlahan1/1,1/2,1/4,1/8,1/15,1/30 – Shutter Speed
perlahan1/60,1/125,1/250 – Shutter Sederhana1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 –
Shutter Speed Laju
1/1 bermaksud bukaan
selama 1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1 saat dibahagi 4000.
1/1 merupakan Shutter
Speed paling lama bukaannya.
1/4000 merupakan Shutter
Speed paling laju. Namun terdapat satu lagi Shutter Speed yang boleh dibuka seberapa
lama yang anda mahu, iaitu Shutter Speed 1/B
Penggunaan Shutter Speed
yang tepat dengan Aperture akan menentukan penghasilan gambar yang baik. Jika
tidak gambar akan under atau over expose.
Aperture dan shutter
speed
Fungsi Aperture Dan
Shutter Speed
i. Aperture berfungsi
untuk menghasilkan gambar yang bermutu. Untuk mendapatkan gambar yang tajam
(Sharp), gunakan Aperture yang kecil agar Depth Of Field menjadi tajam.
Depth Of Field ialah
keadaan gambar Out Focus atau In Focus
Jika mahukan gambar yang
kabur di bahagian latar belakang, gunakan Aperture yang sederhana. Keadaan
gambar akan menimbulkan kabur di bahagian latar belakang. Namun penggunaan
jenis lens juga akan memberi kesan yang baik untuk teknik ini. Contoh Lens yang
dimaksudkan ialah Micro, atau Telephoto.
Penggunaan Aperture juga
boleh mempengaruhi keadan gambar menjadi Soft atau High Contras.
Ketika menggunakan flash
sila pastikan penggunaan Aperture yang betul agar gambar yang anda rakam tidak
over atau under exposes.
ii. Shutter Speed digunakan
untuk rakaman gambar yang bergerak.
Contohnya merakam sebuah
kereta yang sedang bergerak gunakan Shutter Speed yang laju (1/250) oleh itu
kereta yang dirakamkan akan terhenti di dalam gambar.
Shutter speed perlahan
Teknik Panning boleh
digunakan dengan menggerakkan kamera mengikuti pergerakan kereta hasilnya latar
belakang gambar akan kabur. Latar belakang yang kabur itu disebabkan oleh
pergerakan kamera.
teknik panning
Peralatan tambahan
EXPOSER METER
Fungsi exposer meter
Exposer Meter merupakan
alat tambahan yang membantu bagi mendapatkan gambar yang baik.
Jika sebelum wujud
Exposer Meter penggiat senifoto perlu mahir memahami keupayaan cahaya. Exposer
Meter boleh mengukur cahaya dengan tepat dan pantas.
Terdapat dua jenis
Exposer Meter di pasaran
a. Exposere Meter Binaan
Dalamb. Exposere Meter Bebas Guna
a. Exposere Meter Binaan
Dalam-
Exposer Meter jenis ini
mudah digunakan. Komponennya dibina di dalam kamera. Namun anda perlu mahir
menggunakannya jika tidak gambar akan under expose.
Contoh jika mengambil
gambar di kawasan berlatar belakangkan cahaya yang kuat. Cahaya yang
dimaksudkan seperti di pantai bilamana latar belakangnya adalah langit dan air
laut pada waktu siang. Objek yang berada di sekitarnya akan hitam jika
pengiraan tidak tepat.
Kamera sekarang semuanya
disediakan dengan Exposere Meter jenis ini.
b. Exposere Meter Bebas
Guna
Exposer jenis ini direka
berasingan dengan Kamera. Cahaya yang diukur dengan menggunakan exposer jenis
ini lebih tepat kerana ia boleh diukur pada keadaan cahaya yang sebenar.
Kerja-kerja mengambil
gambar yang berbentuk pengiklanan lebih mudah dilakukan termasuk juga
kerja-kerja Close-up dan Modeling.
Exposer meter Bebas Guna
terdapat dalam dua kategori.
i. Exposer Meter
Daylight: Hanya mengira cahaya Matahari atau cahaya buatan seperti cahaya
lampu. ii. Exposer Meter Elektronik: Untuk mengira cahaya dari lampu flash
studio.
Gambar di bawah cahaya
matahari
GAMBAR CAHAYA BUATAN
flash
flash
Flash membantu
kerja-kerja senifoto jika keadaan di lokasi kurang atau ketiadaan cahaya.
Flash dapat membantu
menghilangkan bayangan (shadow) pada muka model jika rakaman dilakukan di bawah
cahaya matahari
Pembinaan flash adalah
di luar sebuah kamera.
Namun sudah ada flash
yang dibina pada kamera. Umpamanya kamera astamatik telah sedia dibina flash.
Namun flash ini tidak
boleh memberi kepuasan pada senifoto kreatif.
Penggunaan flash
Flash dibina untuk
penggunaan yang begitu maksimum.
Pada peringkat awal
wujudnya flash, ia hanya disediakan bagi penggunaan manual.
Flash jenis ini hanya
boleh berfungsi dengan mengeluarkan cahaya paling maksimum walaupun gambar yang
dirakam itu dekat.
Flash moden telah dibina
dengan fungsi automatik. Dengan fungsi ini flash boleh diubah suai mengikut
keadaan objek yang hendak dirakamkan.
Fungsi automatik ini
menjimatkan pada flash .
Pada fungsi automatik
beberapa faktor perlu diambil perhatian.
Beberapa butang control
hendaklah diletakkan pada tempatnya.
Butang mengawal
kedudukan Aperture, Shutter Speed (ASA).
Jika kedudukan butang
ASA tidak diletakkan pada kedudukan yang betul, maka kiraan f/stop, Shutter
Speed akan menjadi tidak tepat. ASA 100 akan memberikan f/stop 8 untuk jarak
tiga kaki ke bawah. Tetapi pada ASA 400 kiraannya ialah f/stop 11.
Pada kebanyakan kamera
era sekarang Shutter Speed untuk penggunaan flash ialah 1/60 dan 1/125.
FILTER
filter
Filter dibuat dari
plastik tahan lasak yang berkualiti tinggi. Ada juga yang dibuat dari kaca yang
bermutu.
Filter berfungsi
menyelamatkan lens dari terkena debu, terguris yang mungkin menyebabkan lens
rosak.
Filter juga berfungsi
untuk memberi kesan sampingan pada gambar warna dan memberi kesan High Contras
dan Low Contras pada filem hitam putih.
Filter ultra voilet (UV)
membantu mencegah Lens agar tidak tercalar.
Sementara Filter yang
membantu membuat pembetulan ialah Filter Biru, Merah, Kuning, Polarizing. Star
Filter, Multi Filter.
Filter-Filter ini juga
membantu untuk kesan sampingan (Special Effec).
PENCAHAYAAN
Cahaya adalah elemen
penting untuk menghasilkan karyafoto. Jika cahaya tiada, senifoto tidak dapat
dihasilkan.
Cahaya tidak dapat di
pisahkan dari warna. Hasilnya dalam cahaya ada warna. Cahaya umpama lagu dan
irama (nayan ahmad, 1993 –
Dalam cahaya ada warna
yang boleh dihasilkan agar karya foto menjadi lebih menarik. Tidak semestinya
warna yang pudar akan menghasilkan karyafoto yang tidak bermutu
Cahaya matahari
merupakan cahaya yang paling bermutu dan terbaik. Tapi cahaya bantuan seperti
cahaya Studio, Flash, Bulan, lilin, lampu rumah dan bandar diperlukan agar
karyafoto boleh dihasilkan.
FOTO MAJLIS
cahaya yang terang
dengan bantuan flash, lampu studio amat diperlukan.
Dalam perniagaan,
menghasilkan foto di majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi, foto yang terang
akan menarik perhatian pelanggan.
Tidak guna menghasilkan
foto pudar dan kabur.
Merakam foto di majlis
perkahwinan, sambutan harijadi, khatam quran, lawatan orang-orang besar,
biasanya cahaya yang digunakan ialah bersumberkan flash.
potret
Untuk menghasilkan karya
potrek, berbagai cara boleh dihasilkan. Kalau anda menggunakan flash itu adalah
salah satu cara yang mudah. Gunakan teknik lantulan cahaya dari silling, dari
reflektor dan sebagainya. Hasilnya tidak kurang menarik.
Menghasilkan potret juga
tidak semestinya hanya dengan cahaya, tapi anda boleh hanya menggunakan
reflektor khas, yang boleh dibeli atau direka sendiri.
Cahaya Daylight
Cahaya Daylight adalah
golongan cahaya seperti matahari, flash, flash studio.
Cahaya ini mengeluarkan
warna biru.
Cahaya ini akan
menghasilkan foto tanpa mengubah warna asal objek.
Cuma jangan menggunakan
filem Tungsten jika tidak anda akan memperolehi foto kebiruan.
CAHAYA TUNGSTEN
Cahaya Tungsten pula
ialah satu cahaya yang akan menghasilkan perubahan pada foto jika anda
menggunakan filem Daylight.
Cahaya ini dihasilkan
oleh cahaya lampu di bandar-bandar, rumah, bangunan, stadium.
Namun jika anda
menggunakan flash dalam cahaya itu, hasil foto akan berubah menjadi normal.
Merakam foto seperti di
persembahan teater tidak boleh menggunakan cahaya flash. Justeru, anda
hendaklah menggunakan filem ASA tinggi.
WARNA CAHAYA
Warna cahaya memainkan
peranan penting dalam menghasilkan foto.
Oleh itu menghasilkan
foto dari kemerahan cahaya tungsten juga tidak menjadi kesalahan.
Contohnya menghasilkan
karya dengan menampakkan kemerahan cahaya yang wujud di persekitaran pentas
teater.
Foto-foto begini memberi
impak bahawa suasana pementasan ketika itu tegang.
Warna yang terhasil juga
menerangkan keadaan, sifat suasana sewaktu rakaman dilakukan.
warna merah boleh
menyegarkan mata memandang!
Cahaya dapat menimbulkan
mood pada gambar.
Contoh pencahayaan
menghasilkan foto
landskap amat baik jika dilakukan antara jam 10 pagi – 3 petang bergantung pada
cuaca , jika mendung atau hujan ini tidak memungkinkan cahaya akan bermutu.
Waktu begini cahaya akan memberi keadaan kontras
Menghasilkan potret
adalah sesuatu bidang yang amat digemari oleh karyawan foto.
Jika suatu masa dulu,
ramai karyawan foto berbangsa cina menggunakan studio, kini telah ramai di
antara mereka suka merakamkan foto di luar seperti di taman-taman bunga.